VIC

Jika anda mengalami masalah berkaitan kerja, bantuan ada disediakan.

Perkhidmatan di bawah boleh memberikan maklumat dan nasihat percuma kepada pendatang, orang yang mempunyai visa sementara atau orang yang tidak mempunyai visa. Anda boleh bercakap tentang kebimbangan anda secara tertutup dan tanpa diketahui oleh majikan atau penaja anda.

Untuk mendapatkan maklumat percuma tentang hak dan kelayakan tempat kerja, dan untuk melaporkan kebimbangan atau mendapatkan bantuan dengan masalah tempat kerja, sila hubungi:

Fair Work Ombudsman logo

Ombudsman Keadilan Pekerja

Ombudsman Keadilan Pekerja sedia membantu anda.

Ombudsman Keadilan Pekerja ialah sebuah agensi Kerajaan Australia yang mengawal selia tempat kerja di Australia.

Ombudsman Keadilan Pekerja memberikan nasihat dan bantuan percuma kepada semua pekerja untuk membantu mereka memahami hak mereka dan, boleh membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Anda tidak akan menghadapi masalah atau perlu risau visa anda dibatalkan kerana menghubungi mereka untuk meminta maklumat tentang gaji anda atau hak tempat kerja yang lain.

Sila Telefon 13 13 94

Laman Web www.fairwork.gov.au


Untuk sokongan daripada kesatuan pekerja

Jika anda adalah ahli kesatuan atau persatuan profesional dan anda menghadapi masalah di tempat kerja, hubungi wakil anda untuk mendapatkan sokongan. Untuk maklumat lanjut layari www.australianunions.org.au

Jika anda memerlukan khidmat jurubahasa, hubungi Perkhidmatan Penterjemahan dan Pentafsiran di 13 14 50.

Charity donations of $2 or more to Australian Red Cross may be tax deductible in Australia. Site protected by Google Invisible reCAPTCHA. © Australian Red Cross 2024. ABN 50 169 561 394