Skip to main navigation Skip to main content

Notis pengumpulan privasi

Bantuan kecemasan COVID-19 - Sokongan bantuan kecemasan - Victoria

Siapakah yang mengumpul maklumat?
Australian Red Cross Society termasuk kakitangan dan sukarelawan persatuan.

Kebimbangan privasi boleh dihantar ke:
Head of Legal
Australian Red Cross
23-47 Villiers Street
NORTH MELBOURNE VIC 3051
e-mel privacy@redcross.org.au

Fakta dan keadaan pengumpulan
Kami mungkin mengumpul maklumat anda:

  • terus daripada anda atau penjaga anda;
  • daripada keluarga dan rakan anda; dan
  • daripada organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada anda. Ini termasuk, tapi tidak terhad kepada, jabatan/agensi kerajaan atau entiti lain yang menyediakan maklumat peribadi anda untuk membolehkan Red Cross memberikan sokongan kepada anda semasa pandemik COVID-19.

Kami hanya mengumpul maklumat tentang anda daripada organisasi lain di mana maklumat itu diperlukan untuk kami memberikan perkhidmatan berterusan kepada anda.

Maklumat yang anda berikan termasuk maklumat peribadi anda. Maklumat peribadi anda dilindungi oleh undang-undang, termasuk Akta Privasi 1988 dan Prinsip Privasi Australia. Maklumat peribadi anda dikumpulkan untuk tujuan kegunaan Red Cross.

Adakah pengumpulan dilakukan kerana mengikut undang-undang atau perintah Mahkamah?
Tiada undang-undang atau perintah Mahkamah terpakai untuk pengumpulan maklumat ini.

Mengapa Red Cross perlu mengumpul maklumat ini?
Kami perlu mengumpul maklumat ini supaya:

  • kami dapat menyediakan perkhidmatan sokongan sosial kepada anda:
  • kami boleh mengatur agar organisasi lain memberikan penginapan, kesihatan dan perkhidmatan sokongan sosial yang lain kepada anda;
  • kami boleh menghubungi anda atau orang yang anda minta kami hubungi bagi pihak anda dalam keadaan kecemasan; atau
  • kami boleh membantu mengesahkan atau menjadualkan semula temu janji anda dengan Red Cross atau organisasi lain, seperti klinik kesihatan.

Tujuan utama maklumat dikumpulkan
Tujuan utama pengumpulan maklumat ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada anda yang memenuhi keperluan kemanusiaan anda semasa pandemik COVID-19. Kami mungkin memberikan perkhidmatan sokongan terus kepada anda atau kami boleh merujuk anda kepada organisasi lain untuk memberikan perkhidmatan kepada anda.

Apa akan terjadi jika Red Cross tidak mengumpul maklumat ini?
Jika Red Cross tidak mengumpul maklumat ini daripada anda, kami mungkin tidak dapat memberi anda sebahagian atau semua perkhidmatan sokongan yang mungkin anda layak terima..

Tanpa Nama/Nama Panggilan
Kami tidak akan dapat membantu tanpa mencatat nama sebenar anda.

Organisasi yang biasanya kami dedahkan maklumat ini
Kami bekerjasama dengan banyak organisasi lain untuk memberikan perkhidmatan sokongan sosial kepada anda. Untuk melakukan ini, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi anda kepada organisasi lain yang memberikan perkhidmatan kepada anda atau membiayai perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

Organisasi ini termasuk:

  • Penyedia Kesihatan (sebagai contoh, doktor anda, hospital, doktor pergigian, farmasi dan penyedia penjagaan kesihatan lain)
  • Penyedia Kesihatan Mental
  • Penyedia penginapan dan perumahan, termasuk hotel, perkhidmatan penginapan kecemasan, ejen hartanah dan organisasi lain yang mungkin diperlukan untuk memberi anda penempatan sementara atau kekal.
  • Penyedia Pendidikan, termasuk sekolah dan organisasi yang menyediakan kelas bahasa Inggeris dan latihan lain
  • Penyedia penjagaan kanak-kanak
  • Perkhidmatan Pekerjaan
  • Penyedia Perkhidmatan Undang-Undang
  • Jabatan Kerajaan Komanwel
  • Jabatan Kerajaan dalam Negeri atau Wilayah anda yang menyediakan perkhidmatan pendidikan dan sosial.

Semasa mengemukakan permohonan perkhidmatan sokongan, anda bersetuju bahawa kami hanya akan berkongsi maklumat yang diperlukan oleh organisasi tersebut untuk memberi anda perkhidmatan atau untuk membiayai perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

Kami mungkin terpaksa mendedahkan maklumat anda kepada organisasi dalam keadaan tertentu. Dalam kes pendedahan mandatori seperti ini, kami akan berusaha untuk memberitahu anda sebelum mendedahkan maklumat anda.

Akses dan pembetulan
Maklumat berkaitan mengakses maklumat anda dan meminta pembetulan dinyatakan dalam Dasar Privasi Red Cross di redcross.org.au/privacy. Anda boleh meminta salinan bercetak bagi dasar privasi kami dengan menghubungi:

Head of Legal
Australian Red Cross Society
23–47 Villiers St North Melbourne VIC 3051&

Tel: 1800 RED CROSS (733 276)
Fax: 61 3 9345 1800&
E-mel: privacy@redcross.org.au

Aduan
Maklumat tentang cara membuat aduan juga terdapat dalam Dasar Privasi Red Cross. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Pesuruhjaya Privasi di oaic.gov.au

Red Cross akan meminta dan menghormati persetujuan anda untuk berkongsi maklumat dengan agensi lain dalam semua situasi kecuali:

  • Kami diwajibkan oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat anda tanpa mengira persetujuan; atau
  • Adalah tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan anda, atau anda telah menolak persetujuan, tetapi pendedahan itu wajar untuk mencegah atau mengurangkan ancaman serius terhadap kehidupan, kesihatan atau keselamatan seseorang atau sekumpulan orang.

Adakah maklumat saya akan disimpan di luar pesisir?
Maklumat anda disimpan di darat di Australia oleh Australian Red Cross.