13 Julai 2020
Kami memahami bahawa ramai yang terkesan dengan COVID-19, dan anda mungkin memerlukan sedikit bantuan kewangan untuk memenuhi keperluan anda yang paling mendesak.
Di sini adalah beberapa maklumat penting untuk dibaca sebelum anda menghubungi kami.
Apa itu bantuan kecemasan?
Untuk siapakah perkhidmatan ini?
Bagaimana untuk saya membuat permohonan?
Saya memerlukan bantuan sekarang
Sokongan tambahan untuk mereka yang di Victoria
Apa itu bantuan kecemasan?
Bantuan kecemasan adalah untuk membantu memenuhi keperluan asas , seperti makanan, perubatan atau tempat perlindungan.
Palang Merah Australia telah menerima dana Kerajaan Victoria terutamanya untuk membantu mereka yang tidak mempunyai akses kepada bantuan pendapatan Komanwel (termasuk Pencari Pekerjaan dan Penjaga Pekerjaan) atau Dana Kecemasan Pelajar Antarabangsa Kerajaan Victoria.
Bantuan itu ditujukan kepada pemegang visa sementara dan bersyarat yang paling berisiko serta pendatang tanpa dokumen. Bergantung kepada keperluan individu, sehingga tiga bayaran bantuan kecemasan kecil boleh dibuat bagi setiap orang atau setiap keluarga dalam tempoh enam bulan akan datang.
Jika anda memerlukan bantuan tambahan, bayaran bantuan kecemasan mungkin boleh diperolehi secara berasingan. Anda perlu membuat permohonan berasingan untuk membolehkan anda mengakses kedua-dua pembayaran.
Bayaran bantuan kecemasan bukanlah bantuan pendapatan. Ia adalah terhad dan kami tahu mungkin tidak memenuhi semua keperluan yang anda perlukan.
Untuk siapakah perkhidmatan ini?
Memandangkan orang yang terkesan dengan COVID-19 adalah ramai, sokongan ini hanya dapat diberikan kepada mereka yang menetap di Victoria dengan keperluan mendesak yang:
- bukan warganegara atau penduduk tetap Australia, dan
- tidak layak mendapat bantuan pendapatan Kerajaan Komanwel; dan
- tidak layak mendapat dana Negeri atau Wilayah bagi pemegang visa sementara (kecuali visa yang disampaikan oleh Red Cross); dan
- tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan yang terhad, tidak mempunyai simpanan atau mempunyai simpanan yang terhad dan tidak mempunyai akses kepada bentuk bantuan lain dari pasangan, keluarga atau komuniti.
Pelajar antarabangsa yang layak menerima Dana Bantuan Kecemasan Pelajar Antarabangsa Kerajaan Victoria, hendaklah membuat permohonan kepada program tersebut terlebih dahulu. Lihat lembaran maklumat kami Sumber COVID19 untuk Pelajar Antarabangsa
Jika anda tidak menetap di Victoria, anda boleh memohon bantuan kecemasan yang lain.
Bagaimana boleh saya membuat permohonan?
Sebelum anda memulakan permohonan anda anda memerlukan:
Bukti status visa semasa atau paling terkini seperti nombor pasport atau nombor kad imigran anda. Jika anda tidak pasti, sila serahkan permohonan anda dan kami akan menghubungi anda untuk perbincangan.
Bukti kesukaran kewangan:
- semua ahli keluarga dewasa mesti menyerahkan penyata bank semasa untuk tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan.
- Jika anda mempunyai pemindahan ke akaun bank yang lain secara berkala anda perlu memberikan penyata bank bagi akaun tersebut
- tangkapan skrin adalah diterima hanya jika ia memaparkan nama, nombor akaun dan alamat anda
Jika anda tidak menyertakan maklumat ini permohonan anda mungkin tertangguh.
Pada permohonan anda, anda boleh memilih untuk menerima panggilan telefon dari Palang Merah sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut. Palang Merah akan menghubungi anda dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan.